Isteri Bengang Suami Suka Rakam Anak Mandi
iklan
Tidak dinafikan masalah sosial di negara ini semakin membimbangkan. Percaya atau tidak, banyaknya kejadian bermula daripada sekecil-kecil tempat yang patut menjadi kawasan berlindung, iaitu institusi keluarga sendiri.
Guru yang juga penulis disegani di facebook,Mohd Fadli Salleh berkongsi kes yang beliau terima dan ia sangat mengejutkan.
Beliau menulis, antaranya kes liwat oleh bapa saudara sendiri yang akhirnya menyebabkan anak itu terjebak dengan hubungan sejenis dan kerap ditangkap basah pula.
Google Image
Kes kedua katanya, hampir sama yang pernah diterima dulu. Jenis suami suka mandi berduaan dengan anak perempuan. Yang ni lagi parah, siap rakam anak perempuan sendiri mandi.
"Isteri yang tahu hal ini dah tak tahu nak buat apa. Takkan nak report polis? Apa polis boleh buat? Jenayah rogol belum berlaku, namun bakal berlaku jika berterusan begini aku rasa. Isteri dan ibu ini dah tak tahu nak buat apa. Suami sendiri yang perangai macam syaitan. Nak ditegur, tak makan. Macam-macam alasan. Nak dimarah, kena marah balik, " katanya menerusi catatan di facebook.
Beliau berkata, anak perempuan itu baru berusia 10 tahun.
"Badan tengah naik elok. Tu ayah menggelintas sangat nak mandi bersama. Masa mandi tu apa yang dia buat pun tak tahu.Lebih teruk, siap rakam anak perempuan yang tengah membesar mandi. Nak buat apa video anak sendiri mandi? Modal nak mel*ncap ke apa?
"Anak sendiri tu syaitan. Anak! Darah daging kau tu woih. Tak faham betul aku bagaimana pemikiran seorang ayah sanggup buat benda kotor begini terhadap anak kandung. Memang sakit jiwa aku rasa. Akal dah tak berfungsi dengan sempurna," katanya.
Sudah sampai masanya kita membuka mata terhadap permasalahan ini. Generasi kecil inilah yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Seharusnya sebagai warga yang lebih matang, apa lagi dipertanggungjawabkan menjadi pelindung, bantulah mereka. Jangan pula kita yang menjadi punca kepada kerosakan generasi pelapis sendiri.
Sumber : Facebook Mohd Fadli Salleh.
Loading...


Post a Comment
0 Comments