Walaupun dikecam hebat atas tindakan menunaikan umrah dengan berpakaian wanita, namun nampaknya ia langsung tidak menjentik hati usahawan kontroversi, Muhamad Sajjad (Sajat) untuk berubah.
Malahan, sehingga ke hari ini dikhabarkan dia masih lagi tanpa rasa bersalah dan segan silu menayangkan aktiviti di tanah suci dengan berpakaian wanita seperti sebelum ini.

Pencetus Ummah (PU) Mohamad Amirul Amin Maulana Lokmah Hakim mendakwa, walaupun seluruh para agamawan, mufti, menteri dan netizen mengecam tindakan Sajat menceroboh kawasan solat perempuan, namun malangnya dia tetap tidak rasa bersalah . 

"Sajat masih relax masukkan gambar dia di IG (instagram) dengan berpakaian wanita. Begitu banyak laporan dibuat (ke atasnya) dia tak kisah, sebab itu akan terus menaikkan namanya, memahalkan produknya dan menguntungkan perniagaannya.

"Sejak tahun lepas saya direct tegur, ajak boikot dan minta pihak berkenaan ambil tindakan. Ada yang kata saya garang dan tegas. Daripada video gelek dia sehingga semua video dia saya minta untuk dihentikan. Kalian kata bagi peluang taubat. Sangka baik. Jangan hukum orang. Kamu ‘PU’ pun banyak masalah . Lantas saya diam dan hanya berdoa agar sesuatu yang jahat seperti ini tidak akan berlaku. Kita yang bagi like, kita yang bagi view. Kita yang share," katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai PU Amin di dalam catatan facebooknya mendakwa, masyarakat terlambat dalam mencegah dan semua yang berlaku adalah salah kita sendiri.

Katanya, Sajat tidak rasa bersalah langsung kerana tahu dia terperangkap dalam kehidupan yang sedang dijulang dan dipuja.

"Bukan salah Sajat seorang, tetapi antara kita yang terus menyokong, mengangkat, mengidolakan individu seperti ini. Kita punya hikmah dikhianati hingga menyebabkan dia kini telah menceroboh kesucian Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.

"Kalau dulu kita serius dan sedikit tegas, InsyaAllah ia tidak akan berlaku. Namun kini ambillah pengajaran bersama. Dia (Sajat) akan terus mempermainkan agama ini. Sajat akan terus berani. Kawannya akan terus kuat menempuhi hari-hari sebagai seorang wanita . Lantas semua pondan dan maknyah yang mahu berubah dan berhijrah dan tidak bersalah akan terus dihina masyarakat," dakwanya.

Dalam nada kesal, PU Amin menulis, inilah harga yang perlu dibayar kerana Sajat akan terus mencabar agama ini. 

"Akhir zaman ini kita telah ditipu dengan dramanya. Air mata Sajat di Malaysia akan mensucikan dia. Nantikan episod seterusnya. Muhasabah kita bersama," tulisnya.




Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan tidak putus asa untuk mendesak tindakan tegas dikenakan ke atas Sajat.



Ya Allah, maafkan kami kerana tidak cukup berusaha untuk menghalang perbuatan mungkar ini. Bantulah kami, lindungilah kami daripada ditimpa bala atas dosa saudara kami yang tidak mampu kami cegah lebih awal. Kau berilah petunjukMu.

Sumber: PU Amin


Loading...